Thursday 25 May 2017



tarraaaaa...makeupbciksiti


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...28/04/17. Webe Wow Party 2017. post yang lepas cik siti ada update pasal testing make up ala2 bollywood tu kan.. haaa.. ini lah hasilnya.. Cik siti makeup ni ambil masa almost 2 hours taww... tu pon dengan bantuan daripada adik kak yus (part eyeliner) n filzah (tlg jadi tukang comment). Hampa semua jgn dok kondem cik siti naa.. bagi nasihat untuk improvement xpa.. cik siti baru belajaq hampa taw dakk.. bukan blajaq p kelas make up.. dakkk.. cik siti tgk utube jaa.. thank you pada make up retis dalam mahupun luar negara yang telah share kan tutorial make up kat media sosialll.. Cik siti ambil masa dalam lebih kurang 3-4 minggu blajaq make up.. beli barang2 make up.. Syukur bonus baru masukk..kebetulannya,.. jadi spend la sikit utk beli brg make up... GILA..

Habis bab make up.. kita masuk bab baju pulakkk.. FYI, tema party ofis cik siti kali ni WONDER THE WORLD". Last year punya party tak ikot tema sbb memikirkan mahu save budget utk kawen la..masa tu gedik nak kawen sangatt..tapi jodoh x panjang.. hahahahaha...  ok sambung balik.. so kali ni semangat nk ikot tema.. setelah mencuba costume dari pelbagai jenis negara.. sungguh hampa nya di hati.. itulah nasib si badan comel.. maka pilihan terakhir adalah bollywood marii.. Harga sewa baju RM120 + deposit 2x.. agak mahal jugakk...tpi cantikk wooo.. kat bawah ni hampa boleh tgk cik siti sakan bergambaqq naa.

Habis majlis Photo shot dalam bilik hotel


terjumpa hero & heroin hindustan..
my BFF-sorry ain mata tetutup :p
thank you Ms.Photographer

Wednesday 26 April 2017

Testing make up for upcoming dinner

Hollaa..

Semalam saja la cik siti main make up..make up sorang2.. konon-konon nak testing utk dinner jumaat ni.. Dinner tu opis cik siti bgi nama Wow Party 2017. tema untuk wow party tu "WONDER THE WOLRD"..korang taw x mcm mana tu..meh cik siti bgtaw..tema tu lebih kurang pakaian antarabangsa la..negara2 lain punya baju..

Jadinya cik siti and the genk pegi la survey satu butik yang buat sewa costume nih..test baju tu tak muat..test baju ni tak muat..apa lah nasib bila berbadan dua..😅😅 i mean berisi lorr.. last2..cik siti amek baju bollywood jekk.. okey la dari tak de..cantik juga tawww..

disebabkan cik siti pakai baju bollywood, cik siti pn belajar la make up ala-ala prety zenta..cik siti tak pandai pn make up..cik siti tgk tutorial kat youtube jekkk..maka terhasil la sepertimana di bawah.
 

  - tema bollywood katanya-

Tetapiiiiiii... ada sorang kawan cik siti kataa macam hantuuu.. "apa korang rasa bila tgk cermin..tak seram ke"... amboiiii...amboii..amboiii...cik siti bgtaw kat dia.. "takde pulak nampak macam LANGSUIR...hahahhaha...tpi xpe..cik siti terima sgla kritikan..cik siti budak baru belajarrr...praktis make perfect orang putih kata.. 

Ok laa naa...nak layan bola sat.. byee...

#kawanciksitilelaki
#ciksitimakeupkauyangpanas

Tuesday 25 April 2017

I'm Back

Bismillahirahmanirahim...

lama gila rasanya tak buka blog nih.. dah berhabuk, bersawang, beranai-anai mungkin.. kikiki..ni semua gara-gara tgk kak mizan (opismate) dok tgh mendesign blog dia.. tu yang semangat balik cari godek selongkar blog lama ni.. Blog ni sara buat dulu sebab assignment IT. mcm mna design bagi cantik semua tu kalau x silap berguru dgn cik faraha.

Semperna dah buka kembali blog yang dh bersawang ni..xmau kasik dia terus kusam, sara masukkan lagu2 untuk santapan telinga korang yang buka n follow blog ni (padahal brpa kerat je yang follow). Maap la lagu ikot faveret sara la ye.. Nanti dah jemu sara tukar lagu ea..

Stay tunee..... :) :)

Wednesday 21 November 2012

cover photo in magazine

ini adalah cover majalah yang dibuat sendiri oleh saya okey...

Untukmu yg bergelar SAHABAT...


Teman
Persahabatan yang terjalin kini
Hasil kemesraan kita semalam
Andainya ia hancur di ambang esok
Pastinya kita kan bermusuhan adakah perpisahan ini
Menjadi jurang antara kita
Tiada ku tahu kau sebenarnya
Menganggap keakraban kita selama ini
Hanyalah satu permainan
Dan bukannya mahar dalam persahabatan….
Teman
Andainya ada sembilu
Yang pernah menusuk hatimu
Maaf ku pohon
Tapi kiranya ada madu yang terpalit padamu
Jangan kau buangkan ianya
Kerna ianya bisa menjana mindamu…
Mengimbas memori kita bersama
Lantas menjernihkan suasana
Yang mengeruhi kolam persahabatan ini
 

Teman
Laman pertalian ini kian tandus
Kemesraan makin gersang gurau-senda
Lantas bunga-bunga keakrabannya
Turut layu menyembah bumi
Siramilah ia semula
Dengan air kesetiaanmu
Suburkanlah kembali
Dengan baja kelembutanmu
Tapi usah kau lontarkan ia
Dengan batu keangkuhanmu
Kerana diriku sesungguhnya
Bukan keronsangmu……
 
*hope our friendship kekal selamanya...*
 
 

sekeping hati yang lara...:'(

*..buka lembaran lama...terjumpa coretan story yang dibuat khas utk kakak ku yg tersayang....*
with my lovely sister pearl mutiara
 
SEKEPING HATI YANG LARA
Kisah ini adalah kisah benar yang aku coretkan buat kakak aku yang paling aku sayang selepas mak ayah dan abang aku. Aku sedih atas apa yang menimpa kepada diri nya. Aku harap sangat supaya kakak aku dapat hadapi nya dengan tabah. Aku sebagai adiknya akan terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagianmu kakak. Ingat lah setiap yang berlaku ada hikmah disebalik nya..
Kakak aku bernama Aisya Humaira(bkn nama sbnar), seorang pelajar tingkatan 3 yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR nya iaitu mendapat 7a.

Kak Aisya diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke maktab rendah sains mara kuantan. Dye seorang anak yang baik dan dye pernah berjanji di depan aku untuk tidak bercouple selagi dye tidak menamatkan pengajiannya di peringkat SPM..
Semua persiapan telah kak aisya siapkan dengan bantuan dari kedua ibu bapa kami. Cuma  yang tinggal sekarang hanya membuat medical checkup..

Kak Aisya pergi membuat medical checkup bersama dengan kak mida yang sama2 dapat tawaran melanjutkan pengajaran di MRSM. Tapi petang tu kak aisya pulang dengan berita yang sungguh tidak diduga pada kami sekeluarga..  setelah aisya menjalani ujian x-ray doc mengesahkan kak aisya menghidap penyakit tulang belakang bengkok. Berita itu benar2 mengejutkan kami dan amat menyedihkan. Aku menangis,tapi tiada siapa tahu. Mak cakap, ‘’kakak kena kuat, tak boleh sedih2, kalau kakak menangis pun, tak boleh ubah apa2 dah, semua ni Allah dah tentukan pada semua hamba nya’’.

Kak Aisya tetap meneruskan pelajaran nya di MRSM dengan kudratnya yang ada…
Janji melayu sememangnya mudah dilupa. Janji yang kak aisya buat dimungkirinya.. seorang jejaka yang tak lah berapa nak hensome (bg aq la)  telah mencuit hati dan merobohkan tembok janji yang telah dilakukan. Malam tu jejaka yang bernama shafiq menghubungi kak aisya dan meluahkan segala perasaan nya kepada kak aisya sehingga menjatuhkan tembok keegoan seorang lelaki. Kak Aisya menerima cinta yang dihulurkan oleh shafiq. Cinta mereka terus beputik. MRSM kuantan menjadi saksi cinta mereka. Mak aku tahu diorang kapel, tapi mak tak marah,mak Cuma cakap, jangan abaikan pelajaran sudah la. Shafiq pun sudah panggil mak aku nie mak. Bila masa diorang kawen pun aku tak tahu..hehe

Setelah tamat SPM, kak aisya dan shafiq meneruskan perjalanan masing-masing. Mereka masih lagi berhubung dengan menggunakan short message service ( sms ). Shafiq diterima memasuki pusat latihan khidmat Negara. Hubungan kak aisya dan shafiq agak renggang kerana mereka tidak berhubung selalu. Kak aisya risau sebab takut2 shafiq jumpa perempuan lain kat plkn tu..aduyai macam2 la kakak aku nie. Tak habis2 jealous,haha..adat la 2 kan..jealous 2 tanda sayang.

Setelah keputusan spm diumumkan kak aisya diterima tawaran melanjutkann pengajian ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Shafiq pula meneruskan pengajiannya di university pertahanan Malaysia. Ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Kekasih lama muncul kembali menagih kasih yang terputus 1 ketika dahulu. Cinta yang kian mekar mula layu dek hujan yang turun dengan lebatnya. Shafiq mula berpaling tadah. Kak Aisya yang terlampau menyayangi shafiq sanggup menjatuhkan air muka nya sendiri dengan merayu kepada fiza kekasih lama shafiq supaya tidak merampas shafiq dari nya dan meninggal kan shafiq. Aku sampaikan geram dengan tindakan kak aisya nie, boleh dia pergi merayu kat perempuan tu.  Tetapi tidak semudah itu cerita nya. Fiza tetap dengan ego nya untuk mencuri semula hati shafiq. Fiza tahu shafiq lebih sayangkan dia berbanding aisya. Shafiq tidak reti untuk membuat keputusan. Dia hanya berdiam diri. Bagi shafiq kedua2 insan itu sangat bermakna baginya. Dia sayangkan aisya tapi dia cintakan fiza. Kepala hotak kau. Sesedap rasa kau eh,..ee geram aku..kak Aisya pula jadi semakin buntu. Hari2 nya penuh dengan air mata. Setelah beberapa lama masa yang diberikan shafiq memilih kak aisya. Hidup aisya kembali bersinar. Aku pun turut gembira bila tengok kakak aku senyum je.

Setahun selepas itu kak aisya menyambung pengajian nya di university pendidikan sultan idris. Perangai shafiq semakin menjadi-jadi. Shafiq menyepikan diri tanpa berita. Air mata yang sekian lama tidak mengalir di pipi kak aisya, kembali mengalir.
Sedang ashik kak aisya termenung,memikirkan masa depan dia kot,ntah ler, dia dikejutkan dengan panggilan dari numbor yang tidak dikenalinya. Suara maki hamun perempuan yang agak kurang diajar, (x pegi sek ke hape), kedengaran, kak aisya pelik, dia dengan sopan nya( mcm aku,hehe)  terus bertanya kat perempuan tu lar. Perempuan yang mengaku sebagai ina menjadi wakil kepada sahabatnya(kononnya tmn sjti la 2) untuk memaki kak aisya. Kononnya la kan yang kak aisya telah menyebabkan hubungan shafiq dengan kawannya, dilla putus. Lupa nak gitaw,kawan si ina nie nama dia dilla. Kak  Aisya yang bengang terus meminta  penjelasan mengenai apa yang terjadi.
Rupa-rupanya shafiq bermain kayu tiga di belakang kak aisya. Selepas tamat plkn dulu, shafiq berkenalan dengan dilla. Dia cakap ke dilla nie yang dia bosan, kesunyian la konon, (abiz kakak aku nie hape??).. Ternyata lelaki memang pandai bermain dengan kata-kata manis. Dilla yang termakan kata-kata manis dan pujuk rayu shafiq terus meninggalkan teman lelaki nya untuk bersama shafiq tanpa menyedari shafiq sudah dimiliki. Cinta mereka tidak berpanjangan. Shafiq meninggalkan dilla tanpa sebab.

Ina merancang untuk kenakan shafiq kerana sudah memainkan perasan kaum hawa. Tetapi kak aisya tidak mahu itu terjadi. Kak Aisya dan dilla menjadi teman rapat walaupun tidak pernah bersua muka. Dilla kini telah menemui cinta baru nya. Kak Aisya nie pula masih mengharapkan peluang kedua dari shafiq. Fiza yang mula menyedari kesilapan nya muncul dalam hidup shafiq dan kak aisya mengundur diri, dia bahagia dengan insane yang benar-benar menyayanginya. Aku selalu cakap ke kak aisya, supaya lupakan shafiq, ramai lagi yang lebih baik dari dia. Tapi kak aisya degil. Dia cakap shafiq masih ada hutang dengan dia.. aku terus menembak kak aisya dengan macam2 tanggapan, tapi semuanya salah..hahhaha… terkejut beruk aku bila kak aisya cakap hutang apa yang sebenarnya. Tapi aku tak nak la mention kat sini.. dilla ada bagitaw kak asiya yang shafiq ada menghubungi nya kembali dan memberitahu yang dia tinggal kan dilla sebab dia ada masalah dulu, tetapi dia pernah bagitaw kat someone 2, dia benci perempuan yang tinggal kan boyfriend sebab lelaki lain.. wah very hypocrite you know. 

Pada pagi yang penuh kedamaian suasana kampong nie, aku bangun dari tidur ku yang lena. Aku lihat kiri, ku lihat kanan, adik dan kak aisya tak ada. Kemana diorang pergi pagi2 buta nie. Aduyai.. rupa-rupa nya, jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.. patot la diorang tak ada. Adik aku pergi tuisyen, bagus adik aku nie, pagi2 dah kena pergi tuisyen. Ha, yang kak aisya nie pulak, aku keluar je dari kamar tempat aku beradu, ku lihat kak aisya sedang mengadap laptop nya. Kak aisya menangis rupanya. Terkejut aku, kenapa la pagi2 nie dah jadi pelakon air mata. Kak aisya suruh aku baca satu blog nie ha. Aku pun dengan tak basuh muka n gosok gigi ku yang berseri2 nie, terus membaca. Dengan penuh debaran, aku bertanya dalam hati, blog sape nie. Lorr, upe nye blog shafiq. Si shafiq nie meluahkan segala isi hatinya dalam blog dia tu. Patot lar kak aisya nie menangis. Ade ayat shafiq nie dia tulis yang, ‘’dia meninggalkan kekasih nya itu kerana terlalu rimas dengan sikap mengongkong kekasih nya itu.’’ Kekasihnya itu kompem lar kak aisya. Ada ke patot kata kakak aku nie mengongkong dia. Yang aku tahu kak aisya nie kuat jealous je..ala normal la 2 jealous. Orang kata cemburu tandanya sayang..(mcm ayat tadi jer,hehe)..ha lagi, dia masih menanti dan menunggu dan mengharap cinta lama nya itu yang dikatakan cinta sejati,kak aisya ni pula cinta yang zahir je..sambung cerita, shafiq masih mengharap fiza menerima kembali cinta nya kerana dia bukan mencari perempuan, tetapi dia mencari cinta sejati yang telah hilang 1 ketika dahulu…..

Ohh lelaki.. kenapa lah korang suka memainkan perasaan kaum hawa seperti kami yang lemah nie…
Korang tahu tak yang hawa diciptakan dari tulang rusuk adam, bukan dari kaki untuk  dialasi..bukan dari kepala utk dijunjung.. tapi dekat dibahu utk dilindung.. dkat jua dihati utk dikasihi….tapi kenapa masih ada lagi insane yang sanggup untuk menghancurkan sekeping hati yang suci ini.. aku juga perempuan.. aku tahu bagaimana sakit nya hati bila dipermainkan… sakit nya hati bila tipu… kenapa lelaki tak pernah nak faham perasaan kami kaum hawa nie..kenapa??
Kenapa??? Kenapa??

Aku ada lagu untuk kaum hawa….kaum adam pun patot dengar taw….
‘’Kau digelar sbg penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindu kian biasa
Malah adam turut sunyi tanpa hawa
Akal mu senipis belahan rambut
Tebalkan lah ia dengan limpahan ilmu
 jua hati mu bak kaca yang lebur
kuat kan lah ia dgn iman yg teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk di kasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa
didik lah wanita dgn keimanan bukannya harta
ataupun pujian kelak tidak terhitung
berharap pada yg binasa
engkau lah wanita istimewa
sedari lah insan istimewa
bahwa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua kehinaan dr tuhan
bahkan hiasan kecantikan..’’
tajuk lagu tu WANITA…. Aku sayang kak aisya.. harap sangat tak ada siapa2 meluka kan hati dia lagi… cukup2 lah air mata dia mengalir utk lelaki tak guna tu...
aku nak kak aisya happy selalu... aku bukan nak tunjuk kuat or berlagak.. tapi kalau ada yang berani luka kan hati kakak aku, memang aku tak akan maafkan orang tu seumur hidup aku…

E-CLASS DR ADIKMU:
=adikmu yang menyayangimu=

sayaaa sayanggg maakkkk!!!!!!!!!!!

nieyyy makkk sayaa yanggg cantekkk...

Ibu, kau permata hatiku
Kaulah yang selalu menemani diriku,
Tatkala gembira dan sedih mahupun suka duka,
Kaulah pengubat jiwa yang lara ini,
Ku selalu mendoakanmu ibu agar diberi rahmat Tuhan yang Esa.

Ibarat cahaya lilin yang terang,
Bagaikan bulan dan bintang menerangi malan yang indah,
Kau selalu memberi ketengang dalam diriku,
Marah engkau membuatkan aku sedar akan salah silapku,
Agar aku tidak ulangi buat kedua kalinya.

Di rumah kau memasak, membasuh, mengemas juga mencantikkan suasana,
Terima kasih ibu aku ucapkan,
Lalai dan lupaku kau selalu ingatkan,
Umpama guru mencurahkan ilmunya yang sentiasa mekar di hati ini,
Nasihatmu akan ku abadikan tak akan kulupa.

Berwawasan semangat yang kugambarkan dalam dirimu,
Membuatkan aku bangga miliki ibu sepertimu,
Bekerja dan mengajar anak bangsa didikanmu juga kau berikan padaku,
Aku bersyukur miliki ibu sepertimu,
Mengajar erti dewasa manusia dalam segala kekurangan.

Tidak mampu kubalas jasamu ibu,
Hanya Allah yang mampu membalas keringatmu  masa lalu, kini dan akan datang,
Kusimpulkan kata buatmu ibu "Aku sayang ibu",
"Terima Kasih Ibu".

Harapan diriku ingin gembirakan dirimu,
Berjaya dalam apa yang kumahukan dengan doa tulus darimu,

Ibu, kaulah jantung hatiku,
Merasa dunia milik Tuhan ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran,
Kau ingatkan, ingatkan dan teruskan ingatkan,

"Terima Kasih Ibu."
Jasamu ibu akan kusemat dalam lubuk hatiku yang dalam,
Agar aku menjadi insan yang tabah sepertimu,
 
*p/s~copy paste kat my sweet sister pyer blog..hehehe...jgn mara ye kak*