Wednesday, 21 November 2012

sekeping hati yang lara...:'(

*..buka lembaran lama...terjumpa coretan story yang dibuat khas utk kakak ku yg tersayang....*
with my lovely sister pearl mutiara
 
SEKEPING HATI YANG LARA
Kisah ini adalah kisah benar yang aku coretkan buat kakak aku yang paling aku sayang selepas mak ayah dan abang aku. Aku sedih atas apa yang menimpa kepada diri nya. Aku harap sangat supaya kakak aku dapat hadapi nya dengan tabah. Aku sebagai adiknya akan terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagianmu kakak. Ingat lah setiap yang berlaku ada hikmah disebalik nya..
Kakak aku bernama Aisya Humaira(bkn nama sbnar), seorang pelajar tingkatan 3 yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR nya iaitu mendapat 7a.

Kak Aisya diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke maktab rendah sains mara kuantan. Dye seorang anak yang baik dan dye pernah berjanji di depan aku untuk tidak bercouple selagi dye tidak menamatkan pengajiannya di peringkat SPM..
Semua persiapan telah kak aisya siapkan dengan bantuan dari kedua ibu bapa kami. Cuma  yang tinggal sekarang hanya membuat medical checkup..

Kak Aisya pergi membuat medical checkup bersama dengan kak mida yang sama2 dapat tawaran melanjutkan pengajaran di MRSM. Tapi petang tu kak aisya pulang dengan berita yang sungguh tidak diduga pada kami sekeluarga..  setelah aisya menjalani ujian x-ray doc mengesahkan kak aisya menghidap penyakit tulang belakang bengkok. Berita itu benar2 mengejutkan kami dan amat menyedihkan. Aku menangis,tapi tiada siapa tahu. Mak cakap, ‘’kakak kena kuat, tak boleh sedih2, kalau kakak menangis pun, tak boleh ubah apa2 dah, semua ni Allah dah tentukan pada semua hamba nya’’.

Kak Aisya tetap meneruskan pelajaran nya di MRSM dengan kudratnya yang ada…
Janji melayu sememangnya mudah dilupa. Janji yang kak aisya buat dimungkirinya.. seorang jejaka yang tak lah berapa nak hensome (bg aq la)  telah mencuit hati dan merobohkan tembok janji yang telah dilakukan. Malam tu jejaka yang bernama shafiq menghubungi kak aisya dan meluahkan segala perasaan nya kepada kak aisya sehingga menjatuhkan tembok keegoan seorang lelaki. Kak Aisya menerima cinta yang dihulurkan oleh shafiq. Cinta mereka terus beputik. MRSM kuantan menjadi saksi cinta mereka. Mak aku tahu diorang kapel, tapi mak tak marah,mak Cuma cakap, jangan abaikan pelajaran sudah la. Shafiq pun sudah panggil mak aku nie mak. Bila masa diorang kawen pun aku tak tahu..hehe

Setelah tamat SPM, kak aisya dan shafiq meneruskan perjalanan masing-masing. Mereka masih lagi berhubung dengan menggunakan short message service ( sms ). Shafiq diterima memasuki pusat latihan khidmat Negara. Hubungan kak aisya dan shafiq agak renggang kerana mereka tidak berhubung selalu. Kak aisya risau sebab takut2 shafiq jumpa perempuan lain kat plkn tu..aduyai macam2 la kakak aku nie. Tak habis2 jealous,haha..adat la 2 kan..jealous 2 tanda sayang.

Setelah keputusan spm diumumkan kak aisya diterima tawaran melanjutkann pengajian ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Shafiq pula meneruskan pengajiannya di university pertahanan Malaysia. Ku sangka panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Kekasih lama muncul kembali menagih kasih yang terputus 1 ketika dahulu. Cinta yang kian mekar mula layu dek hujan yang turun dengan lebatnya. Shafiq mula berpaling tadah. Kak Aisya yang terlampau menyayangi shafiq sanggup menjatuhkan air muka nya sendiri dengan merayu kepada fiza kekasih lama shafiq supaya tidak merampas shafiq dari nya dan meninggal kan shafiq. Aku sampaikan geram dengan tindakan kak aisya nie, boleh dia pergi merayu kat perempuan tu.  Tetapi tidak semudah itu cerita nya. Fiza tetap dengan ego nya untuk mencuri semula hati shafiq. Fiza tahu shafiq lebih sayangkan dia berbanding aisya. Shafiq tidak reti untuk membuat keputusan. Dia hanya berdiam diri. Bagi shafiq kedua2 insan itu sangat bermakna baginya. Dia sayangkan aisya tapi dia cintakan fiza. Kepala hotak kau. Sesedap rasa kau eh,..ee geram aku..kak Aisya pula jadi semakin buntu. Hari2 nya penuh dengan air mata. Setelah beberapa lama masa yang diberikan shafiq memilih kak aisya. Hidup aisya kembali bersinar. Aku pun turut gembira bila tengok kakak aku senyum je.

Setahun selepas itu kak aisya menyambung pengajian nya di university pendidikan sultan idris. Perangai shafiq semakin menjadi-jadi. Shafiq menyepikan diri tanpa berita. Air mata yang sekian lama tidak mengalir di pipi kak aisya, kembali mengalir.
Sedang ashik kak aisya termenung,memikirkan masa depan dia kot,ntah ler, dia dikejutkan dengan panggilan dari numbor yang tidak dikenalinya. Suara maki hamun perempuan yang agak kurang diajar, (x pegi sek ke hape), kedengaran, kak aisya pelik, dia dengan sopan nya( mcm aku,hehe)  terus bertanya kat perempuan tu lar. Perempuan yang mengaku sebagai ina menjadi wakil kepada sahabatnya(kononnya tmn sjti la 2) untuk memaki kak aisya. Kononnya la kan yang kak aisya telah menyebabkan hubungan shafiq dengan kawannya, dilla putus. Lupa nak gitaw,kawan si ina nie nama dia dilla. Kak  Aisya yang bengang terus meminta  penjelasan mengenai apa yang terjadi.
Rupa-rupanya shafiq bermain kayu tiga di belakang kak aisya. Selepas tamat plkn dulu, shafiq berkenalan dengan dilla. Dia cakap ke dilla nie yang dia bosan, kesunyian la konon, (abiz kakak aku nie hape??).. Ternyata lelaki memang pandai bermain dengan kata-kata manis. Dilla yang termakan kata-kata manis dan pujuk rayu shafiq terus meninggalkan teman lelaki nya untuk bersama shafiq tanpa menyedari shafiq sudah dimiliki. Cinta mereka tidak berpanjangan. Shafiq meninggalkan dilla tanpa sebab.

Ina merancang untuk kenakan shafiq kerana sudah memainkan perasan kaum hawa. Tetapi kak aisya tidak mahu itu terjadi. Kak Aisya dan dilla menjadi teman rapat walaupun tidak pernah bersua muka. Dilla kini telah menemui cinta baru nya. Kak Aisya nie pula masih mengharapkan peluang kedua dari shafiq. Fiza yang mula menyedari kesilapan nya muncul dalam hidup shafiq dan kak aisya mengundur diri, dia bahagia dengan insane yang benar-benar menyayanginya. Aku selalu cakap ke kak aisya, supaya lupakan shafiq, ramai lagi yang lebih baik dari dia. Tapi kak aisya degil. Dia cakap shafiq masih ada hutang dengan dia.. aku terus menembak kak aisya dengan macam2 tanggapan, tapi semuanya salah..hahhaha… terkejut beruk aku bila kak aisya cakap hutang apa yang sebenarnya. Tapi aku tak nak la mention kat sini.. dilla ada bagitaw kak asiya yang shafiq ada menghubungi nya kembali dan memberitahu yang dia tinggal kan dilla sebab dia ada masalah dulu, tetapi dia pernah bagitaw kat someone 2, dia benci perempuan yang tinggal kan boyfriend sebab lelaki lain.. wah very hypocrite you know. 

Pada pagi yang penuh kedamaian suasana kampong nie, aku bangun dari tidur ku yang lena. Aku lihat kiri, ku lihat kanan, adik dan kak aisya tak ada. Kemana diorang pergi pagi2 buta nie. Aduyai.. rupa-rupa nya, jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.. patot la diorang tak ada. Adik aku pergi tuisyen, bagus adik aku nie, pagi2 dah kena pergi tuisyen. Ha, yang kak aisya nie pulak, aku keluar je dari kamar tempat aku beradu, ku lihat kak aisya sedang mengadap laptop nya. Kak aisya menangis rupanya. Terkejut aku, kenapa la pagi2 nie dah jadi pelakon air mata. Kak aisya suruh aku baca satu blog nie ha. Aku pun dengan tak basuh muka n gosok gigi ku yang berseri2 nie, terus membaca. Dengan penuh debaran, aku bertanya dalam hati, blog sape nie. Lorr, upe nye blog shafiq. Si shafiq nie meluahkan segala isi hatinya dalam blog dia tu. Patot lar kak aisya nie menangis. Ade ayat shafiq nie dia tulis yang, ‘’dia meninggalkan kekasih nya itu kerana terlalu rimas dengan sikap mengongkong kekasih nya itu.’’ Kekasihnya itu kompem lar kak aisya. Ada ke patot kata kakak aku nie mengongkong dia. Yang aku tahu kak aisya nie kuat jealous je..ala normal la 2 jealous. Orang kata cemburu tandanya sayang..(mcm ayat tadi jer,hehe)..ha lagi, dia masih menanti dan menunggu dan mengharap cinta lama nya itu yang dikatakan cinta sejati,kak aisya ni pula cinta yang zahir je..sambung cerita, shafiq masih mengharap fiza menerima kembali cinta nya kerana dia bukan mencari perempuan, tetapi dia mencari cinta sejati yang telah hilang 1 ketika dahulu…..

Ohh lelaki.. kenapa lah korang suka memainkan perasaan kaum hawa seperti kami yang lemah nie…
Korang tahu tak yang hawa diciptakan dari tulang rusuk adam, bukan dari kaki untuk  dialasi..bukan dari kepala utk dijunjung.. tapi dekat dibahu utk dilindung.. dkat jua dihati utk dikasihi….tapi kenapa masih ada lagi insane yang sanggup untuk menghancurkan sekeping hati yang suci ini.. aku juga perempuan.. aku tahu bagaimana sakit nya hati bila dipermainkan… sakit nya hati bila tipu… kenapa lelaki tak pernah nak faham perasaan kami kaum hawa nie..kenapa??
Kenapa??? Kenapa??

Aku ada lagu untuk kaum hawa….kaum adam pun patot dengar taw….
‘’Kau digelar sbg penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindu kian biasa
Malah adam turut sunyi tanpa hawa
Akal mu senipis belahan rambut
Tebalkan lah ia dengan limpahan ilmu
 jua hati mu bak kaca yang lebur
kuat kan lah ia dgn iman yg teguh
tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk di kasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi
mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk
engkaulah wanita istimewa
didik lah wanita dgn keimanan bukannya harta
ataupun pujian kelak tidak terhitung
berharap pada yg binasa
engkau lah wanita istimewa
sedari lah insan istimewa
bahwa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua kehinaan dr tuhan
bahkan hiasan kecantikan..’’
tajuk lagu tu WANITA…. Aku sayang kak aisya.. harap sangat tak ada siapa2 meluka kan hati dia lagi… cukup2 lah air mata dia mengalir utk lelaki tak guna tu...
aku nak kak aisya happy selalu... aku bukan nak tunjuk kuat or berlagak.. tapi kalau ada yang berani luka kan hati kakak aku, memang aku tak akan maafkan orang tu seumur hidup aku…

E-CLASS DR ADIKMU:
=adikmu yang menyayangimu=

No comments:

Post a Comment